Selamat datang ke Pembelajaran Penaipan Sentuh!

Adakah anda masih menaip dengan dua jari? Adakah anda masih perlu melihat papan kekunci sebelum setiap ketukan kekunci?

Pembelajaran Penaipan Sentuh adalah laman web pembelajaran percuma yang mesra pengguna yang direka untuk membantu anda belajar, berlatih dan meningkatkan kelajuan dan ketepatan menaip anda. Sebaik sahaja anda boleh menaip secara sentuhan, anda tidak akan perlu melihat papan kekunci untuk mencari huruf yang anda mahu taip, dan anda juga akan mampu untuk menaip pada kelajuan yang lebih pantas!

Penaipan sentuh adalah satu kaedah yang berasaskan kepada ingatan pergerakan dan bukannya penglihatan. Kaedah ini membolehkan anda mencapai kelajuan yang lebih tinggi untuk kemasukan data, lebih-lebih lagi jika anda mahu menulis semula teks daripada bahan visual yang lain.

Menaip dengan kaedah penaipan sentuh akan meningkatkan produktiviti komputer anda dengan ketara; ia meningkatkan kelajuan kemasukan data, mampu mengurangkan keletihan dan kecederaan mata.

Pembelajaran Penaipan Sentuh mengandungi 15 pelajaran, satu ujian kelajuan dan permainan yang anda boleh belajar menaip langkah demi langkah, memantau sendiri kemajuan anda dan bergembira!

Susun atur papan kekunci

Screenshot